Mahasiswa tahun 4 SPPQ Ijazah Sarjana Pendidikan Binaan Bangunan dari Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan melaksanakan program Community-Based Learning pada 30 Mac 2018 sehingga 6 April 2018 bertempat di Kampung Sinjia Sanul, Kratie, Kemboja.
Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah membina tandas berinovasi, membina telaga wakaf, pemeriksaan kesihatan dan berkhatan, program pembangunan ekonomi wanita kemboja, program pendidikan untuk komuniti, ziarah komuniti asnaf dan program penajaan ekonomi usaha niaga komuniti.
Pihak Fakulti mendoakan agar semua pelajar yang terlibat akan sentiasa berada dalam keadaan selamat dan jauh daripada sebarang kemalangan.