+607-5534099 fp-info-group@utm.my

Pada 14 Januari 2018 yang lalu, Fakulti Pendidikan UTM telah menerima pelawat daripada Universitas Negeri Surabaya (UNESA) iaitu Pengarah Pasca Ijazah UNESA, Prof. Dr. Ismet Basuki. Kehadiran beliau ke Fakulti Pendidikan adalah salah satu agenda yang telah disusun sempena Program Lawatan Akademik 39 orang pelajar pasca Ijazah UNESA di Fakulti Pendidikan selama 10 hari, bermula pada 7 hingga 15 Januari 2018.

  

 

 

 

 

Wakil pengurusan Fakulti Pendidikan telah meluangkan masa selama setengah hari untuk sesi perbincangan mengenai peluang kolaborasi diantara UNESA dan UTM melibatkan pengajaran dan penyelidikan.

Sesi perbincangan dan pembentangan telah dipengerusikan oleh Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Madya Dr. Muhammad Sukri bin Saud.

Semoga hubungan diantara kedua-dua institusi akan lebih erat untuk kepentingan pendidikan manusia sejagat.