Pada 7 Jun 2015 yang lalu, Fakulti Pendidikan telah terpilih sebagai pemenang Anugerah Inovasi Naib Canselor dan membawa pulang trofi, sijil serta wang tunai RM12,000.
Fakulti Pendidikan mempertandingkan Sistem Maklumat Latihan Mengajar yang dibangunkan untuk memudahkan urusan penyeliaan dan pemantauan guru pembimbing dan pensyarah kepada guru pelatih yang menjalani latihan mengajar.
Tahniah diucapkan buat Fakulti Pendidikan !!