Assalamualaikum wbth.
YBhg Dato/Prof/Prof.Madya/Dr/Tuan/Puan/Cik
Bersempena di bulan Ramadhan Al Mubarak ini, JK Endowmen Fakulti Pendidikan ingin mengucapkan Selamat Beribadah di Bulan Ramadhan kepada semua. JK ingin mengambil peluang ini bagi mengalu-alukan staf Fakulti yang ingin mengambil keberkatan dan ganjaran amalan berganda di bulan ini untuk menyalurkan sumbangan ke Tabung Endowmen FP. Dana yang terkumpul akan digunakan antaranya untuk penajaan biasiswa atau bantuan kewangan kepada mahasiawa yang memerlukan, dan pelaksanaan program berimpak yang memberikan manfaat kepada mahasiswa, staf serta fakulti. Semua dana sumbangan kepada Tabung Endowmen FP adalah di bawah pemantauan dan kelolaan Jawatankuasa Pemegang Amanah Tabung Endowmen Fakulti Pendidikan yang akan memastikan pengurusan kewangan yang teratur sebagaimana prosedur/polisi yang ditetapkan oleh pihak universiti.
Sumbangan Yang Berbahagia Dato,/Professor/Professor Madya/Dr/Tuan/Puan boleh dibuat dalam bentuk wang tunai atau pun secara potongan gaji berjadual berdasarkan jumlah serta tempoh yang ditentukan oleh penyumbang sendiri. Bagi yang ingin membuat sumbangan bolehlah klik di link ini https://goo.gl/forms/u9C3f9n6T9jLSfRc2 untuk tindakan pihak JK Endowmen FP selanjutnya.
Justeru, pihak JK Endowmen FP ingin merakamkan jutaan terima kasih atas sumbangan yang telah dan yang akan diberikan. Semoga keikhlasan YBhg Dato,/Prof/Prof. Madya/Dr/Tuan/Puan/Cik akan mendapat ganjaran yang berlipat ganda daripada Allah SWT. Ini bersesuaian dengan maksud firman Allah SWT yang bermaksud:
Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki maupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik (berderma pada jalan Allah), niscaya akan dilipat-gandakan (balasannya oleh Allah) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang mulia.” (QS.Al-Hadid:18)
Selamat Beribadah di Bulan Ramadhan dan teruslah menyokong Kempen Tabung Endowmen Fakulti Pendidikan.
Sekali lagi ucapan terima kasih daripada seluruh warga JK Endowmen FP
Innovative. Entrepreneurial. Global
Aede Hatib Musta’amal @ Jamal, Phd
CEM-MY-091-011; VTM-CIAST; Grad.IEM; Grad.BEM; MEPA;
Senior Lecturer/ Faculty Income Generation and Endowment Manager
Technical and Engineering Education Department
Faculty of Education
Universiti Teknologi Malaysia
81310 Skudai
Johor. Malaysia
Office:+607-5534415Fax: +607-5560542 / 77351 / 34884
Primary Email: aede@utm.my | Secondary Email: aedehatib@gmail.com | Site: https://educ.utm.my/education-arc/aede