Laporan Kelab Kebajikan Kakitangan Fakulti Pendidikan

1.  Majlis Sambutan Bulan Ramadan Peringkat Fakulti

Ahad, 22 Julai 2014. Majlis Ihya Ramadhan telah diadakan di Fakulti Pendidikan sebagai satu cara menyambut kedatangan Ramadhan yang mulia. Majlis yang berjalan selama tiga jam ini dihadiri oleh semua staf Fakulti Pendidikan. Ceramah telah disampaikan oleh Dr Idris bin Ismail dari Pusat Islam, UTM. Ceramah yang disampaikan banyak memberi kesedaran dan ilmu berkenaan makna puasa dari pelbagai agama, Rahsia disebalik puasa, hikmah di wajibkan berpuasa. Sebelum menjamu selera, sambutan meraikan staf yang menyambut hari ulang tahun pada bulan 4, 5 dan 6 juga dijalankan dan staf yang mendapat cahaya mata diadakan dengan memberi hadiah kepada mereka. Semoga program yang diadakan bukan sahaja dapat memberi manfaat keilmuan buat semua, malah mengeratkan lagi tali silaturrahim sesame warga Fakulti Pendidikan.

Disediakan oleh :
Dr Adibah
Fakulti Pendidikan, UTM

 

2. Fakulti Pendidikan Menang Pertandingan Surau Tercantik di UTM

5 Mac 2014, Tahniah diucapkan kepada Fakulti Pendidikan kerana telah menjadi Johan pertandingan surau tercantik peringkat Universiti bagi kategori surau fakulti. Pertandingan tersebut telah dianjurkan oleh Pusat Islam, Masjid Sultan Ismail, UTM. Hadiah yang diterima merupakan wang tunai bernilai RM500. Pertandingan tersebut dikategorikan kepada surau kolej, surau fakulti. Pertandingan ini juga diadakan bagi mengimarahkan sambutan Maulidurrasul peringkat UTM. Tahniah diucapkan sekali lagi kepada Fakulti Pendidikan dan AJK kelab kebajikan Fakulti yang bertungkus lumus menceriakan surau fakulti. Semoga surau fakulti sentiasa ceria, bersih dan dapat digunakan dengan baik oleh semua warga Muslimat Fakulti Pendidikan.

Disediakan oleh :
Dr Adibah
Fakulti Pendidikan, UTM

 

3. Majlis Penghargaan Staf

jasa1 jasa2 jasa3 jasa6 jasa7 jasa8