Tel : +607-5534256 / 553 4374 (Pejabat Modal Insan / No. CC Puan Nazamiah) fp-endownment@utm.my

PENGURUSAN TABUNG ENDOWMEN FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Tabung Endowen Fakulti Pendidikan UTM diurus oleh Unit Endowmen  Fakulti Pendidikan UTM, dengan dikawal selia oleh Jawatankuasa Pemegang Amanah Endowmen yang berpengalaman dan berwibawa. Jawatankuasa pemegang Amanah Endowmen Fakulti yang dipengerusikan oleh Dekan Fakulti Pendidikan.

Segala sumbangan yang diterima akan dilaburkan dalam aktiviti pelaburan yang patuh syariah dan tidak berisiko. Unit Endowmen Fakulti Pendidikan UTM akan menggunakan hasil daripada pelaburan wang sumbangan tersebut untuk membantu pelajar dan pihak yang memerlukan berdasarkan objektif Tabung Endowmen.