Tel : +607-5534256 / 553 4374 (Pejabat Modal Insan / No. CC Puan Nazamiah) fp-endownment@utm.my

PENGENALAN

 

Universiti Teknologi Malaysia telah menubuhkan Endowmen UTM pada tahun 2009. Usaha ini adalah tepat dan selari dengan hasrat Kementerian Pendidikan Tinggi seperti yang terkandung dalam Pelan Strategik Pendidikan Tinggi Negara yang menyasarkan Universiti Awam (UA) di negara ini untuk menjana pendapatan sendiri bagi menampung keperluan kewangan universiti. Selaras dengan itu, penubuhan Tabung Endowmen di Fakulti Pendidikan UTM ini telah dirancang dan dilaksanakan untuk mencapai hasrat tersebut.

Bagi meningkatkan kecemerlangan Fakulti Pendidikan UTM dalam bidang pembangunan akademik dan mahasiswa serta penyelidikan dan pembangunan (R&D), sokongan daripada semua warga dan alumni Fakulti Pendidikan UTM adalah sangat diperlukan. Fakulti Pendidikan UTM juga merancang untuk menjalinkan perkongsian strategik dengan alumni dan badan-badan korporat untuk mencapai dan mengekalkan kecemerlangan kearah kemajuan pendidikan dan profesional. Sumbangan daripada warga Fakulti Pendidikan UTM, alumni, dan dermawan diperlukan untuk merealisasikan hasrat tersebut.

Pengwujudan Tabung Endowmen Fakulti Pendidikan UTM adalah untuk memberi ruang dan peluang kepada staf, mahasiswa, Alumni Fakulti Pendidikan UTM, individu, organisasi awam dan swasta, serta syarikat korporat, di dalam dan luar negara, memberi sumbangan bagi memastikan Tabung Endowmen Fakulti Pendidikan UTM dapat berfungsi dengan baik dalam merancakkan aktiviti kesarjanaan ilmu di Fakulti Pendidikan UTM. Segala sumbangan yang diterima akan dimasukkan ke dalam Tabung Endowmen Fakulti Pendidikan UTM. Kami berharap agar tradisi kedermawan akan terus subur dan segala sumbangan anda amat kami hargai walaupun kecil atau besar.