+607-5534099 fp-info-group@utm.my

PROGRAM PENGANTARABANGSAAN
MEMBINA PELUANG KERJAYA BERSAMA PELAJAR SMK AIR TAWAR, KOTA TINGGI

 

Kota Tinggi, 27Julai 2017- Pensyarah Kanan, Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Dayana Farzeeha Ali dijemput untuk menyampaikan ceramah bertajuk Kenali Potensi Anda, Membina Peluang Kerjaya di SMK Air Tawar, Kota Tinggi. Beliau dijemput bersempena dengan program pengantarabangsaan ke sekolah-sekolah anjuran Fakulti Pendidikan,UTM dan Universitas Muhammadiyah Purwokerto, Indonesia dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi. Turut hadir sama semasa program dijalankan adalah Tuan Haji Ishak bin Haji Ismail, Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi dan Ketua Projek International Service Learning Program Fakulti Pendidikan iaitu En.Shahrin Hashim.

Bersama-sama dengan semua pelajar tingkatan 4 SMK Air Tawar, Kota Tinggi

Program ini merupakan diantara program-program yang diatur bersempena dengan program Kuliah Kerja Nyata (KKN) (Antarabangsa) Universitas Muhammadiyah Purwokerto (UMP), Indonesia anjuran Fakulti Pendidikan, UTM yang bermula dari 16 Julai sehingga 6 Ogos 2017. Seramai 22 orang mahasiswa UMP terlibat di dalam program ini. Mereka bertindak sebagai fasilitator dimana berlaku pertukaran budaya dan maklumat berkaitan dengan peluang kerjaya di Malaysia dan juga Indonesia. Hampir semua peserta memberi maklum balas positif sepanjang program dijalankan dan mereka mendapat peluang untuk beramah mesra dan berkongsi pandangan dan maklumat bersama mahasiswa UMP. International Service Learning Program Fakulti Pendidikan merupakan inisiatif bagi mempromosikan Inovasi Pembelajaran Akademia Baru (NALI) diluar UTM.

PROGRAM KULINARI
PROGRAM KKN (ANTARABANGSA UNIVERSITAS MUHAMMADIYAH PURWOKERTO)

 

Tarikh                : 26 Julai 2017

Masa                 : 9.00 pagi – 4.00 petang

Tempat              : Wisma JKKK, Felda Air Tawar 3, Kota Tinggi

Ketua Projek      : Dr. Dayana Farzeeha Ali

Peserta             : Mahasiswa Universitas Muhammadiyah Purwokerto, Indonesia

                        : Komuniti Felda Air Tawar 3, Kota Tinggi

 

Sinopsis:

Program Kulinari ini dijalankan bersempena dengan program Kuliah Kerja Nyata dan Service Learning oleh Mahasiswa Universitas Muhammadiyah Purwokerto, Indonesia anjuran Fakulti Pendidikan, UTM. Program ini merupakan pertukaran budaya melalui seni masakan di mana Fakulti Pendidikan,UTM dan  komuniti Felda Air Tawar 3, Kota Tinggi berganding bahu dalam menjalankan demonstrasi masakan kepada semua Mahasiswa Universitas Muhammadiyah Purwokerto (UMP). Sebanyak 3 menu masakan yang dihasilkan sepanjang program berjalan iaitu bubur lambuk, asam pedas dan laksa johor. Mahasiswa UMP bukan sahaja diberi peluang untuk merasai keenakan masakan yang disediakan malahan mereka juga diberi peluang untuk bersama-sama bergotong royong untuk menyediakan bahan masakan dan terlibat sama sepanjang proses penyediaan menu tersebut. Hampir kesemua mahasiswa UMP melahirkan rasa gembira kerana diberi peluang mempelajari seni masakan melayu Malaysia dan berharap untuk mencuba menyediakan masakan itu apabila pulang ke tanahair mereka.

Gambar Program

 

 

 

PROGRAM PENGANTARABANGSAAN

MEMBINA PELUANG KERJAYA

 

TARIKH             : 27 Julai 2017

Masa                : 9.00 pagi – 1.00 petang

Tempat             : SMK Air Tawar, Kota Tinggi.

Penceramah     : Dr. Dayana Farzeeha Ali

Tajuk Ceramah : Kenali Potensi Anda, Membina Peluang Kerjaya.

Peserta           : Pelajar-pelajar Tingkatan 4, SMK Air Tawar, Kota Tinggi.

                      : Mahasiswa Universitas Muhammadiyah Purwokerto, Indonesia.

                       

Sinopsis:

Program Pengantarabangsaan membina peluang kerjaya telah dijalankan di SMK Air Tawar, Kota Tinggi oleh Fakulti Pendidikan,UTM dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi dan mahasiswa Universitas Muhammadiyah Purwokerto, Indonesia. Program yang dijalankan selama setengah hari ini merupakan program berkaitan dengan peluang kerjaya dan laluan ke IPTA  selepas SPM. Seramai hampir 200 orang pelajar tingkatan 4 terlibat di dalam program ini manakala mahasiswa Universitas Muhammadiyah Purwokerto, Indonesia bertindak sebagai fasilitator sepanjang program dijalankan. Jabatan Laut Malaysia juga dijemput untuk memberi makluman dan perkongsian berkaitan dengan peluang kerjaya bersama Jabatan Laut Malaysia.

Gambar Program