Dato,/Prof/ Prof.Madya/ Dr/Tuan/Puan/Cik,
Adalah dimaklumkan bahawa bermula Tahun 2017, setiap PTJ termasuk Fakulti Pendidikan telah diminta untuk menguruskan Tabung Endowmen masing-masing. Bagi Tahun 2017 ini, UTM telah mensasarkan Fakulti Pendidikan untuk mendapatkan jumlah dana Tabung Endowmen sekurang-kurang RM556,000.00.

Jawatankuasa Endowmen Fakulti telah mula menggerakkan usaha mendapatkan dana ini melalui sumber-sumber seperti sumbangan individu (staf dan bukan staf), sumbangan daripada organisasi atau institusi korporat, sumbangan melalui aktiviti pelajar atau staf yang khusus untuk tabung
endowmen, dan sebagainya. Justeru, pihak Jawatankuasa Endowmen FP adalah dengan ini ingin mengalu-alukan semua staf untuk sama-sama menyumbang ke Tabung Endowmen FP melalui sumbangan wang tunai, potongan bulanan gaji, sumbangan sebahagian daripada hasil atau keuntungan aktiviti /program yang dilaksanakan di dalam atau luar UTM seperti kursus, seminar, persidangan, dan lain-lain. Sumbangan wang tunai bersama Borang sumbangan boleh diserahkan kepada Pn Nazamiah Basri (Pejabat Sumber Manusia FP).

Manakala sumbangan selain wang tunai hendaklah dibayar kepada Bendahari Universiti Teknologi Malaysia di Akaun Bank CIMB : 8006053536. Sebarang bentuk sumbangan hendaklah disertakan dengan Bukti Pembayaran dan Borang Maklumat Sumbangan yang terdapat pada Brosur Endowmen Fakulti Pendidikan sepertimana yang disertakan bersama emel ini. Maklumat tersebut boleh diserahkan kepada Pn Nazamiah (Ext:34256) di Pejabat Sumber Manusia FP atau emel kepada fp-endownment@utm.my bagi tujuan pengurusan dan rekod kami.

Sekiranya pihak Dato’/Prof/ Prof.Madya/ Dr/Tuan/Puan/Cik ada mempunyai maklumat berkaitan mana-mana individu perseorangan atau organisasi yang berminat untuk menyumbang kepada Tabung Endowmen FP, bolehlah sekiranya memaklumkan kepada TDPIKJ atau saya sendiri bagi tindakan susulan. Segala perhatian, kerjasama dan sumbangan yang akan diberikan kami dahulukan dengan ucapan terima kasih. Semoga sumbangan ikhlas Dato,/Prof/ Prof.Madya/ Dr/Tuan/Puan/Cik ini akan dapat sama-sama memberikan manfaat kepada mereka yang memerlukan serta diberikan ganjaran pahala yang yang tidak terhingga daripada Allah SWT. Ameen.

Sekiranya ada yang memerlukan brosur boleh muaturun di sini Borang Endownmen