+607-5534099 fp-info-group@utm.my

TAKLIMAT “PENGINTEGRASIAN MULTIMEDIA KREATIF DALAM P&P”

DAN KURSUS “IMPLEMENTASI APLIKASI INTERAKTIF BAGI PEMBELAJARAN ABAD KE-21 BERSAMA PELAJAR KEB FELDA AIR TAWAR 3”

PROGRAM KKN (ANTARABANGSA) UNIVERSITI MUHAMMADIYAH PURWOKERTO ANJURAN FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

 

TARIKH:  18 JULAI 2017 & 25 JULAI 2017

MASA: 10.30 PAGI – 12.30 TGHR & 10.00PAGI – 1.00 TGHR

TEMPAT: MAKMAL FOTOGRAFI DAN AUDIO VIDEO & MAKMAL KOMPUTER SK FELDA AIR TAWAR 3

PENCERAMAH & FASILITATOR: DR NOOR AZEAN ATAN, DR MOHD SHAFIE ROSLI, DR NURUL FARHANA JUMAAT & DR SHAHARUDDIN MD SALLEH

 

SINOPSIS:

Pengintegrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Informatian and Communications Technology-ICT) dalam pembelajaran abad-ke21 adalah selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 (PPPM) dalam menyediakan pelajar agar mempunyai kemahiran menggunakan teknologi dan alikasi interaktif masa kini.  Menerusi program Servis Learning anjuran Fakulti Pendidikan, UTM dengan kerjasama mahasiswa daripada Universiti Muhammadiyah Purwokerto, kursus pengimplementasian aplikasi interaktif bagi pembelajaran abad ke-21 bersama murid sekolah telah dilaksanakan serta beberapa taklimat berkenaan pengintegrasian multimedia kreatif melalui penggunaan teknologi smart fotografi digital, smart board, teknologi baharu audio video dan green screen diperkenalkan kepada pelajar. Oleh demikian,  pembudayaan penggunan ICT dan aplikasi interaktif dalam pembelajaran dan pengajaran dapat di pertingkatkan dan di implementasi pada setiap peringkat pendidikan. Dengan perkongsian ilmu antara para akademik, pelajar dan warga sekolah ini, melalui program servis learning (KKN) secara langsung membantu dalam memperkasakan ICT bagi menyokong kejayaan Pembelajaran Abad Ke-21.

 

TESTIMONIAL:

Pelajar sekolah 1: Best cikgu kursus ini, boleh buat animasi rupanya dengan mudah.

Pelajar sekolah 2: Buat lagilah kursus ICT ini cikgu, banyak lagi saya nak belajar macam transition gerak-gerak tu seronok buat.

Pelajar sekolah 3: Saya nak belajar yang kat internet animasi tu cikgu. Nak belajar semua ICT tu.