Free Meal Project oleh Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Dalam suasana ekonomi yang tidak menentu, mahasiswa universiti juga tidak dapat lari daripada terhimpit dengan masalah kewangan. Biasiswa yang diterima oleh sesetengah mahasiswa hanya diperuntukkan khusus untuk pembayaran yuran pengajian semata-mata. Sehubungan itu, Fakulti Pendidikan di bawah pimpinan Dekan Prof. Dr. Baharuddin Aris telah melancarkan inisiatif “Free Meal Project” untuk semua mahasiswa UTM bagi membantu meringkankan beban kehidupan dan pada masa yang sama memberi peluang kepada mereka yang berkemampuan untuk membantu mahasiswa yang memerlukan. Inisiatif ini menjadi titik pertemuan antara mereka yang mampu dan ikhlas membantu menyalurkan bantuan dan mahasiswa UTM yang memerlukan, khususnya mereka yang menghadapi kesukaran seperti ketiadaan biasiswa atau pinjaman, biasiswa atau pinjaman belum diluluskan atau kemudahan pembiayaan tersebut tidak dapat disalurkan masuk ke Malaysia, contohnya pelajar Nigeria.

Inisiatif ini diusahakan oleh PM Dr Fatin Alia Phang dengan sokongan Dekan Fakulti Pendidikan, Professor Dr. Baharuddin Bin Aris. Inisiatif ini telah bermula pada 20 November 2016 untuk memberikan pek makanan percuma pada setiap Ahad petang. Ianya telah berlangsung sebanyak sembilan kali sehingga hari ini. Pada awal inisiatif, sebanyak 100 pek makanan (nasi, sepotong ayam, sayur, kuah) diedarkan pada setiap minggu di aras 1 Blok C13, Fakulti Pendidikan bermula jam 5.30 petang. Mahasiswa mesti menunjukkan kad matrik untuk mendapatkan pek makanan yang diberikan seorang satu pek. Selepas proses pendaftaran, makanan diedarkan dalam keadaan yang teratur. Segala urusan projek ini daripada tempahan makanan sehingga edaran dikendalikan oleh sekumpulan sukarelawan dari Fakulti Pendidikan yang terdiri daripada mahasiswa Sarjana Pendidikan Fizik dan dipantau oleh Penyelaras Program tersebut. Mereka juga kadang-kala dibantu oleh sukarelawan mahasiswa pra siswazah daripada Fakulti Kejuruteraan Mekanikal UTM.

Sumbangan atau pembiayaan projek ini diterima daripada pensyarah Fakulti Pendidikan dan orang ramai yang bermurah hati. Pek makanan yang dibekalkan oleh pengusaha “Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah Cikgu” dari Taman Pulai Jaya ini adalah pada harga yang jauh lebih rendah berbanding harga jualan biasa. Harga rendah ini merupakan sumbangan pengusaha tersebut kepada mahasiswa Fakulti Pendidikan selaku seorang alumni Fakulti Pendidikan UTM. Setiap minggu, En. Mohd Pua’at Ahmad, jurufoto Fakulti Pendidikan merakamkan proses edaran tersebut yang dipaparkan di Facebook rasmi Fakulti Pendidikan. Sehingga kini, lebih kurang 75% mahasiswa yang hadir menerima pek makanan adalah mahasiswa Fakulti Pendidikan yang terdiri daripada mahasiswa prasiswazah dan pascasiswazah. Mahasiswa daripada fakulti lain di UTM turut hadir untuk menerima sumbangan, khususnya Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Fakulti Sains UTM. Warga UTM atau orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan dan mendapatkan maklumat lanjut, boleh menghubungi Penolong Pendaftar Kanan Fakulti Pendidikan, Pn Najwa Mohamed. Setakat ini, sukarelawan ini telah menerima sumbangan wang tunai lebih daripada RM5000 dan sumbangan makanan seperti 100 pek mi yang disumbangkan oleh ibu kepada salah seorang alumni Fakulti Pendidikan.

Semoga usaha dan kerja amal sebegini dapat diteruskan dan mendapat kerjasama dan sumbangan dari semua warga UTM dan masyarakat.

 

 

Foto 1: Pendaftaran mahasiswa

Foto 2: Mahasiswa beratur untuk mendapatkan Free Meal

Foto 3: Mahasiswa antarabangsa mendapatkan Free Meal yang dikendalikan oleh sukarelawan mahasiswa Fakulti Pendidikan

Foto 4: Selesai sesi pengedaran Free Meal

PERASMIAN “GREEN OFFICE MONTH” FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UTM, JOHOR BAHRU, 7 MAC 2017 : Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah melancarkan “Green Office Month”  bersempena dengan inisiatif UTM dalam mewujudkan  budaya kampus lestari . Usaha ini adalah selaras dengan Dasar Alam Sekitar Negara di mana satu daripada tujuh Strategi Hijau memberi fokus kepada kesedaran dan pendidikan alam sekitar kepada semua golongan masyarakat.

Majlis perasmian “Green Office Month”  ini telah dirasmikan oleh Dekan Fakulti Pendidikan iaitu Prof. Dr. Baharuddin Aris dan seterusnya melancarkan beberapa kempen  seperti “Clean, Give + Go Green” dan “Stair Friendly”.  Sempena majlis pelancaran  ini, beberapa pertandingan telah dianjurkan untuk semua staf dan mahasiswa Fakulti Pendidikan seperti pertandingan e-Poster yang bertemakan “Sustainable Development Towards A Greener Future”, “Green Ideas Bank”, “Three minutes talk” bertemakan memperkasakan persekitaran hijau, “Take a Selfie” dan pertandingan video pendek bertemakan “Let’s Go Green”.

Perasmian Green Office Month Fakulti Pendidikan

Sepanjang tahun 2017, Green Manager Fakulti Pendidikan iaitu Dr. Dayana Farzeeha Ali bersama jawatankuasa Green Office Fakulti telah merancang pelbagai aktiviti menarik dalam usaha menarik minat dan memupuk budaya lestari dalam kalangan staf dan mahasiswa FP. Antara aktiviti-aktiviti yang dirancang sepanjang tahun adalah Green Food Cooking Demonstration, Organic Kitchen Garden, Teaching Green, Seminar Hijau, Lawatan ke Industri berasaskan Teknologi Hijau, Car Boot Sale dan banyak lagi. Jawatankuasa Green Office FP juga mengambil inisiatif mewujudkan laman web Green Office FP bagi berkongsi segala maklumat berkaitan dengan aktiviti yang dijalankan oleh FP. Segala maklumat berkaitan dengan aktiviti Green Office Fakulti Pendidikan boleh didapati di laman web http://educ.utm.my/fpgreenoffice/.

Pelancaran Kempen Clean, Give + Go Green Pelancaran Kempen “Stair Friendly”

Pelaksanaan Program Green Office diharapkan dapat memberi nilai tambah dalam usaha mewujudkan persekitaran hijau di Fakulti Pendidikan. Ini akan menjadikan UTM sebagai institusi yang kondusif dan ceria untuk proses pengajaran dan pembelajaran, di samping mewujudkan warga UTM yang mencintai alam sekitar. Semoga program kesedaran seperti ini dapat diteruskan di masa hadapan agar dapat memberi peluang kepada semua untuk mengamal, menghayati dan membudayakan ciri-ciri mesra alam di persekitaran kampus, rumah,komuniti setempat, masyarakat dan akhirnya di peringkat negara.

Pelancaran Kempen “Stair Friendly” Pelancaran Kempen “Stair Friendly”

Peserta-Peserta Pertandingan E-Poster

UTM, JOHOR BAHRU, 7 MARCH 2017: Faculty of Education, Universiti Teknologi Malaysia has launched “Green Office Month” in conjunction with UTM initiatives in creating a sustainable campus culture. This effort is consistent with National Environmental Policy since one of the seven Green Strategies focuses on environmental awareness and education to all community. “Green Office Month” was officiated by Prof. Dr. Baharuddin Aris, Dean Faculty of Education and several campaigns such as a “Clean, Give + Go Green” and “Stair Friendly” were also launched during the ceremony. In addition, interesting competitions were organized for staffs and students such as e-poster competition on “Sustainable Development Towards A Greener Future”, “Green Ideas Bank”, “Three minutes talk” with the theme Empowering green environment, “Take a Selfie ” competition and short video competition themed” Let’s Go Green “.

Throughout 2017, Dr. Dayana Farzeeha Ali, Green Manager, Faculty of Education and her Green Office committee have planned a variety of activities to attract and foster sustainability culture among FP staffs and students. Among the activities planned throughout the year are Green Food Cooking Demonstration, Organic Kitchen Garden, Teaching Green, Green Seminar, visit to Green Technology-based industries and Car Boot Sale. Green Office Agricultural Committee will also take the initiative to create Green Office FP website to share all information related to the activities conducted by FP. Therefore, all information related to Green Office activities at Faculty of Education can be found in http://educ.utm.my/fpgreenoffice/.

The implementation of Green Office Program is expected to give added value in creating green environment at Faculty of Education. Consequently, it will make UTM a cheerful and conducive institution for teaching and learning. In addition, the program will help to produce UTM citizens who love the environment. It is hoped that such programs can be continue in the future in order to provide opportunities  to practise, appreciate and inculcate environmental friendly values in the campus, home, community, society and ultimately at the national level.

Structured Course 5

Structured Course 6

Immediate Job Vacancies

Immediate Vacancies for positions of lecturers in Guidance & Counselling and Curriculum & Instruction at Faculty of Education, UTM. Please refer to the following link for more details:

http://registrar.utm.my/hcm/files/2017/03/Iklan-Jawatan-Pensyarah-Kurikulum-Pengajaran.pdf

http://registrar.utm.my/hcm/files/2017/03/Iklan-Jawatan-Pensyarah-Bimbingan-Kaunseling.pdf

3 Minute Thesis Competition

Green Office

For more info can go to : http://educ.utm.my/fpgreenoffice/

Class schedule For Undergraduate Semester II 2016/2017

go to : http://educ.utm.my/class-schedule-for-undergraduate-student/

 

SELAMAT DATANG KE FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MAHASISWA SARJANA PROGRAM PEND.BAHASA & SASTRA INDONESIA UNIVERSITAS BUNG HATTA,PADANG,INDONESIA

Lawatan Kerja Bahagian Pengurusan Akademik ke FP

Bilik Mesyuarat FP ( C 22-220 )
September ‎18, ‎2014